Isnin, 10 Disember 2012

Cara Mencipta Pantun

Cara Mencipta Pantun Empat Kerat.

Dalam satu rangkap pantun empat kerat ada dua baris pembayang dan dua baris maksud :

Baris pertama      :     Pembayang
Baris kedua         :     pembayang
Baris ketiga         :     maksud
Baris keempat     :     maksud

Langkah pertama ialah dengan menulis maksudnya dahulu iaitu baris ketiga dan keempat.

Baris pertama  :  _____________________kan,
Baris kedua     :  __________________ ______ta,
Baris ketiga     :  Tahniah kawan kami ucapkan,
Baris keempat :  Menang pertandingan reka cipta.

Baris ketiga dan keempat adalah isi cerita yang hendak disampaikan. Setelah dipastikan dua baris maksud ini sempurna, barulah kita memilih kata-kata sebagai pembayang iaitu baris pertama dan kedua. Kita perhatikan bunyi suku kata terakhir bagi baris pertama dan ketiga adalah sama. Manakala baris kedua sama dengan baris keempat.

Sekarang mari kita lengkapkan pantun di atas.
 
Masak cendawan bersama lokan,
   Dimakan dengan roti pita,
Tahniah kawan kami ucapkan,
   Menang pertandingan reka cipta.
 

Ujilah diri anda untuk membina pantun di bawah.
 
Mari kita lengkapkan pantun di bawah.
 
Belimbing besi sedap sekali,
     Tepi parit di Tanjung Sari,
Ditambah pula dengan halia,
     Sungguh tinggi pohon sena,
Jual di kota tepi muara,
     Herba bermutu dibuat jamu,
 
 
_________________________,
_________________________,
Sains teknologi sangat berguna,
Didik manusia jadi bestari.
 
 
 
_________________________,
_________________________,
Cipta sesuatu tanpa jemu,
Untuk kemudahan hidup manusia.
 

 
_________________________,
__________________________,
Kreatif dan inovatif penting sekali,
Barangan dicipta untuk negara.
 

7 ulasan:

  1. Terima kasih. Blog ini amat bermanfaat sebab saya perlu mencipta pantun untuk minggu bahasa.

    BalasPadam

  2. Hujan membasahi bumi ..
    Air hujan menyegar diri ,
    Hati luka sudah mengerti ,
    Perlukah peluang utk diberi ?

    BalasPadam
  3. Pokok sawi ada disana
    Selepas ambil jangan berlari
    Sains teknologi sangat berguna
    Didik manusia jadi bestari

    BalasPadam
  4. saya nk cuba balas pantun hehee,,

    Anggun puteri dengan busana,
    Diriasi mahkota lambang puteri,
    Sains teknologi sangat berguna,
    Didik manusia jadi bestari..

    BalasPadam