Ahad, 25 November 2012

Dialog

Dialog.

Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur.







Baca dialog di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Cikgu Liza  :  Amni, apakah cita-cita kamu?
Amni           :  Saya hendak menjadi guru, cikgu.
Cikgu Liza  :  Mengapa kamu memilih bidang perguruan?
Amni           :  Saya memilih bidang ini kerana saya yakin bahawa
                       dengan cara ini saya dapat membantu masyarakat. Saya
                       hendak mendidik anak bangsa kita supaya menjadi insan
                       menjadi insan yang berilmu. Ilmu pengetahuan amat penting
                       dalam kehidupan pada hari ini. Tugas sebagai seorang guru
                       adalah suatu tugas yang murni. Guru mendidik kita menjadi
                       seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Cikgu Liza  :  Bagus, Amni. Semoga cita-cita kamu akan tercapai pada
                       suatu hari nanti. Bagaimana dengan kamu, Sahira?
Sahira          :  Entahlah, cikgu. Saya sendiri tak pasti apakah cita-cita saya
                       yang sebenarnya.
Cikgu Liza  :  Mengapa pula Sahira?
Sahira          :  Apa yang penting bagi saya buat masa ini ialah belajar
                        dengan bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat yang
                        tertinggi. Dari situ, barulah saya akan menentukan kerjaya
                        saya.

1.  Mengapakah Amni bercita-cita hendak menjadi seorang guru?
     A.  kerana hendak mengikuti jejak langkah Cikgu Liza.
     B.  kerana terpengaruh dengan pujikan Cikgu Liza.
     C.  kerana tugas sebagai seorang guru sangat mudah.
     D.  kerana dia yakin bahawa dengan menjadi guru dia dapat membantu
           masyarakat.

2.  Apakah peranan seorang guru?
     A.  menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
     B.  berbual-bual dan beramah mesra dengan murid-muridnya pada
           setiap hari.
     C.  mendidik anak murid supaya menjadi insan yang berguna kepada
          bangsa, agama dan negara.
     D.  menanamkan cita-cita di kalangan muridnya untuk mengikut jejak
          langkahnya.

3.  Apakah harapan Cikgu Liza kepada Amni?
     A.  semoga cita-cita Amni akan tercapai.
     B.  semoga Amni akan memilih bidang perguruan.
     C.  semoga Amni akan mengenang jasanya.
     D.  semoga Amni akan menjadi seorang yang berguna kepada agama,
           bangsa dan negara. 

4.  Bagaimanakah dengan cita-cita Sahira?
     A.  Sahira tidak tahu akan makna cita-cita yang sebenarnya.
     B.  Sahira tidak pasti akan cita-citanya yang sebenarnya.
     C.  Sahira akan menentuakannya setelah dia keluar dari sekolah.
     D.  Sahira bercita-cita hendak belajar dengan bersungguh-sungguh
           sehingga ke peringkat yang tertinggi.

5.  Bilakah Sahira akan menentukan kerjayanya?
     A.  setelah dia meninggalkan bangku sekolah.
     B.  setelah Cikgu Liza menerangkan kepentingan akan kepentingan
           cita-cita.
     C.  setelah Cikgu Liza memilihkan kerjaya yang sesuai untuknya.
     D.  setelah Sahira menamatkan pelajarannya sehingga periingkat
           yang tertinggi.

                                        
 
   gambar murid  2 Arif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan