Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni Bahasa.
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa nin dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
Objektif Aspek Seni Bahasa.
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui
nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara
didik hibur.
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.
iv. melafazkan pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah
denagn intonasi yang betul dan memahami pantun secara didik hibur.
Standard Pembelajaran Seni Bahasa.
4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik
hibur.
4.1.2 Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan
gerak laku secara didik hibur.
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul
tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.
4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul secara
didik hibur.
4.4.2 Membina pantun empat kerat secara terkawal dan melafazkannya
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.
Melafazkan dan memahami pantun empat kerat.
Bencana Alam
Hujan tidak berhenti-henti,
Dari pagi hingga ke malam,
Jika begini setiap hari,
Berlaku banjir musnahlah alam.
Bahang terasa terik mentari,
Badan berpeluh cepat dahaga,
Jika hujan tidak menimpa bumi,
Alamat kemarau datang menjelma.
Daun merimbun dahan berduri,
Akar bertaut mencengkam tanah,
Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah mengundang padah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan