Ahad, 25 November 2012

Mari Bernyanyi

Mari Bernyanyi.

Nyanyikan lagu di bawah mengikut gaya dan cara yang sesuai.

Hati  Riang  Hidup  Ceria

Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si rama-rama,
Riang hatiku riang,
Selalu hidup bekerjasama.

Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si kuda-kuda,
Girang hatiku girang,
Janganlah selalu kita berduka.

Geylang si paku geylang, geeylang,
Geylang si rusa-rusa,
Sayang keluargaku sayang,
Kehidupan kami selalu ceria.

Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si layang-layang,
Girang hatiku girang,
Agar hidup saling menyayang.

Mari Bercerita

Mari Bercerita.

Murid bercerita dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Adam  yang Berani.

Pada hujung minggu, Adam dan Imran ke taman permainan. Selepas bermain badminton, mereka duduk di bangku sambil berbual. Tiba-tiba, seorang remaja muncul dari arah tepi Imran lalu merampas telefon bimbit Imran. Imran terkejut lalu menjerit.

        Adam, yang pernah belajar silat, dengan secepat kilat menepis tangan remaja itu. Adam teringat akan pesanan gurunya agar bertindak dengan pantas untuk menewaskan musuh.

        Adam melompat lalu menendang remaja itu. Jeritan Imran didengari oleh pengunjung taman. Mereka menangkap remaja itu. Imran menelefon polis. Tidak lama kemudian, polis tiba lalu membawa remaja itu ke balai polis.

        Imran mengucapkan terima kasih kepada Adam dan pengunjung taman yang membantunya.

Dialog

Dialog.

Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur.







Baca dialog di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Cikgu Liza  :  Amni, apakah cita-cita kamu?
Amni           :  Saya hendak menjadi guru, cikgu.
Cikgu Liza  :  Mengapa kamu memilih bidang perguruan?
Amni           :  Saya memilih bidang ini kerana saya yakin bahawa
                       dengan cara ini saya dapat membantu masyarakat. Saya
                       hendak mendidik anak bangsa kita supaya menjadi insan
                       menjadi insan yang berilmu. Ilmu pengetahuan amat penting
                       dalam kehidupan pada hari ini. Tugas sebagai seorang guru
                       adalah suatu tugas yang murni. Guru mendidik kita menjadi
                       seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Cikgu Liza  :  Bagus, Amni. Semoga cita-cita kamu akan tercapai pada
                       suatu hari nanti. Bagaimana dengan kamu, Sahira?
Sahira          :  Entahlah, cikgu. Saya sendiri tak pasti apakah cita-cita saya
                       yang sebenarnya.
Cikgu Liza  :  Mengapa pula Sahira?
Sahira          :  Apa yang penting bagi saya buat masa ini ialah belajar
                        dengan bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat yang
                        tertinggi. Dari situ, barulah saya akan menentukan kerjaya
                        saya.

1.  Mengapakah Amni bercita-cita hendak menjadi seorang guru?
     A.  kerana hendak mengikuti jejak langkah Cikgu Liza.
     B.  kerana terpengaruh dengan pujikan Cikgu Liza.
     C.  kerana tugas sebagai seorang guru sangat mudah.
     D.  kerana dia yakin bahawa dengan menjadi guru dia dapat membantu
           masyarakat.

2.  Apakah peranan seorang guru?
     A.  menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
     B.  berbual-bual dan beramah mesra dengan murid-muridnya pada
           setiap hari.
     C.  mendidik anak murid supaya menjadi insan yang berguna kepada
          bangsa, agama dan negara.
     D.  menanamkan cita-cita di kalangan muridnya untuk mengikut jejak
          langkahnya.

3.  Apakah harapan Cikgu Liza kepada Amni?
     A.  semoga cita-cita Amni akan tercapai.
     B.  semoga Amni akan memilih bidang perguruan.
     C.  semoga Amni akan mengenang jasanya.
     D.  semoga Amni akan menjadi seorang yang berguna kepada agama,
           bangsa dan negara. 

4.  Bagaimanakah dengan cita-cita Sahira?
     A.  Sahira tidak tahu akan makna cita-cita yang sebenarnya.
     B.  Sahira tidak pasti akan cita-citanya yang sebenarnya.
     C.  Sahira akan menentuakannya setelah dia keluar dari sekolah.
     D.  Sahira bercita-cita hendak belajar dengan bersungguh-sungguh
           sehingga ke peringkat yang tertinggi.

5.  Bilakah Sahira akan menentukan kerjayanya?
     A.  setelah dia meninggalkan bangku sekolah.
     B.  setelah Cikgu Liza menerangkan kepentingan akan kepentingan
           cita-cita.
     C.  setelah Cikgu Liza memilihkan kerjaya yang sesuai untuknya.
     D.  setelah Sahira menamatkan pelajarannya sehingga periingkat
           yang tertinggi.

                                        
 
   gambar murid  2 Arif

Ahad, 18 November 2012

Lengkapkan pantun di bawah.
 
                          Perlulah adil membuat timbangan,                                
Supaya rezeki sentiasa berkat,          
 
Dalam berniaga mestilah jujur,
                       Agar banyak mendapat pelanggan.                           
 
 
Layan pelanggan mestilah mersa,
Agar perniagaan semakin maju.
 
 
 
Pergi ke kedai membeli telur,
Telur dibeli bersama santan.
_________________________
_________________________
 
 
 
Berjalan-jalan di Kuala Jela,
Mencari-cari sebolot madu,
_________________________,
__________________________.
 
 
Makan nasi di dalam pinggan,
Makan bersama ikan sepat,
_______________________,
________________________.

Mari berpantun

 
 
 
 
 
 

Aspek Seni Bahasa







 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni Bahasa.

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa nin dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.



 

Objektif Aspek Seni Bahasa.

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :


i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui   
   nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.


ii.  mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
     serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara
     didik hibur.


iii.  mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
      tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif
      melalui lakonan secara didik hibur.


iv.  melafazkan pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah
      denagn intonasi yang betul dan memahami pantun secara didik hibur.

Standard Pembelajaran Seni Bahasa.

4.1.1  Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik
          hibur.

4.1.2  Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan
          gerak laku secara didik hibur.

4.2.1  Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul
          tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

4.2.2  Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
          tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan
          kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

4.3.1  Mengujarkan dialog dengan sebutan dan  intonasi yang betul dan jelas
          tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif
          melalui lakonan secara didik hibur.

4.4.1  Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul secara
          didik hibur.

4.4.2  Membina pantun empat kerat secara terkawal dan melafazkannya
          dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.
 
 




Melafazkan dan memahami pantun empat kerat.


                     
                       
  Bencana Alam
 



Hujan tidak berhenti-henti,
    Dari pagi hingga ke malam,
Jika begini setiap hari,
    Berlaku banjir musnahlah alam.



Bahang terasa terik mentari,

    Badan berpeluh cepat dahaga,
Jika hujan tidak menimpa bumi,
    Alamat kemarau datang menjelma.



Daun merimbun dahan berduri,
    Akar bertaut mencengkam tanah,
Pokok ditebang sesuka hati,
    Runtuh tanah mengundang padah.