Orang lain tidak tahu yang kita tidak yakin. "Hmm... apa maksudnya. Begini, apabila anda rasa tidak yakin dengan diri anda terutama semasa berucap di khalayak ramai, orang lain tidak tahu yang anda sedang tidak yakin. Mereka lihat anda seperti biasa sahaja.
Mengapa anda perlu tahu perkara ini? Jika anda rasa orang tahu atau nampak yang anda tidak yakin.... rasa berdebar, gugup dan gementar akan menjadi-jadi. Maka, berlagaklah seperti biasa sahaja dan tunjukkan kita yakin.
Rahsia Kedua.
Keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk. Keyakinan diri adalah sama seperti kemahiran lain yang boleh kita kuasai. Jika kita mahu pandai tunggang basikal, kita mesti berlatih dan terus mencuba kan? Begitulah juga dengan keyakinan diri. Semakin kita berlatih untuk meningkatkan keyakinan diri, semakin tinggi tahap keyakinan kita. Caranya, jerit kuat-kuat dalam hati, "Aku pun ada keyakinan diri yang tinggi jugakkkkkk" !!!
Berlatihlah di hadapan cermin, bersama kawan-kawan dan keluarga.
Rahsia Ketiga.
Kita perlu suka dan cintakan diri sendiri. Rasa rendah diri selalu datang daripada orang yang rasa dirinya tidak bijak, tidak berkebolehan dan tidak istimewa. Apabila berdiri di khalayak ramai, mereka rasa diri mereka tidak hebat berbanding dengan orang-orang yang berada di depan mereka lalu mereka rasa kurang yakin. Maka, jika kita suka dan cintakan diri sendiri, kita akan mula memandang pada kekuatan dan kehebatan dalam diri kita sendiri. Apabila kita sudah mulai menghargai kekuatan dan kehebatan dalam diri dengan cara suka dan cinta kepada diri sendiri, kekuatan dan kehebatan itu akan menyerlah, maka timbullah keyakinan diri.
Cubalah murid-murid rahsia ini agar persembahan anda lebih mantap.